Bangunan kayu sekolah di Ranau hangus (VIDEO)

World

News / World 191 Views comments

Bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Nunuk Ragang, Ranau hangus, 13 Mac 2018. —  Foto ihsan Facebook/The Brotherhood of Sabah SarawakKOTA KINABALU, 13 Mac —& Seluruh bangunan& sebuah sekolah rendah di Ranau yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik darjah bagi murid Tahun Satu, buku teks serta kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata bangunan sekolah jenis kayu berukuran 90 x 40 kaki persegi milik Sekolah Kebangsaan (SK) Nunuk Ragang, Ranau, itu terbakar 100 peratus sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pusat gerakan operasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.13 petang sebelum ketua balai bomba dan penyelamat Ranau Jimmy Lagung bersama lapan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 52 kilometer dari balai bomba berkenaan.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hose reel dari sumber air jentera dan air paip sedia ada seterusnya membuat pemeriksaan menyeluruh bahagian terbakar bagi memastikan tiada bahaya& lain,” kata pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.25 malam dan tiada kecederaan dilaporkan. —& Bernama

Comments