Kes rasuah terowong: Individu kedua dikenal pasti

World

News / World 176 Views comments

SPRM mengenal pasti individu kedua yang disyaki menerima sejumlah wang bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. ― Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA, 1 Mac ― Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti individu kedua yang disyaki menerima sejumlah wang& bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata individu kedua itu bukan Anggota Parlimen dari Umno.

Ditanya sama ada ahli politik berkenaan akan dipanggil membantu siasatan kes berkenaan, Azam yang ditemui pemberita selepas pelancaran Gerakan Wanita Antirasuah (GWAR) di sini, hari ini berkata: “Bergantung kepada siasatan.”&

Semalam, seorang ahli perniagaan direman enam hari kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Ahli perniagaan itu dipercayai menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan yang dilakukan SPRM. ― Bernama

Comments