Krisis air punca 761 pelaburan kena KIV, kata menteri

World

News / World 245 Views comments

Datuk Seri Maximus Ongkili berharap kerajaan Selangor segera menyelesaikan isu bekalan air dan tidak mempolitikkannya. — Foto BernamaPUTRAJAYA, 13 Mac — Sebanyak 761 permohonan syarikat untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan terpaksa diletakkan dalam status disimpan& dalam& perhatian (SDP/KIV) disebabkan masalah bekalan air di Selangor, kata menteri tenaga, teknologi hijau dan air Datuk Seri Maximus Ongkili.

Beliau berharap kerajaan Selangor akan segera menyelesaikan isu itu dan tidak mempolitikkannya.

“Tolong jangan& politikkanya. Dahulukan rakyat, politik kemudian,” katanya selepas merasmikan pejabat baharu Yayasan Hijau Malaysia, di sini hari ini.

Ongkili berkata kerajaan Selangor& tidak menunjukkan sebarang kesegeraan untuk menyelesaikan isu air tersebut dan hanya sibuk menuding jari ke arah kerajaan persekutuan sebagai punca utama krisis air yang boleh menyebabkan sehingga 655,000 penduduk tiada bekalan air.

Menurut laporan media, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Seri Dr Ir Zaini Ujang semalam berkata kerajaan Selangor diberikan tempoh empat bulan sehingga Julai untuk bersetuju melaksanakan proses migrasi air bagi mengelakkan krisis air di negeri itu bertambah buruk. — Bernama

Comments