Tiada arak di acara tudung, yang tidak hadir ‘lebih-lebih’

World

News / World 274 Views comments

Pelakon Neelofa menganggap kontroversi pelancaran tudung 'Be Lofa' di pusat hiburan Zouk sebagai dilebih-lebihkan. ― Foto ihsan Instagram/NeelofaPelakon Neelofa menganggap kontroversi pelancaran tudung 'Be Lofa' di pusat hiburan Zouk sebagai dilebih-lebihkan. ― Foto ihsan Instagram/NeelofaKUALA LUMPUR, 28 Feb ― Pelakon Neelofa menyifatkan kontroversi majlis pelancaran tudung di pusat hiburan Zouk “dilebih-lebihkan”.

Beliau berkata mereka yang tidak hadir tidak tahu “tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara [produk]”, lapor Berita Harian.

“Malah, tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih,” katanya.

Yakin dengan tindakannya, beliau menyifatkan kritikan terhadapnya sebagai “tak apa-apa pun” dan tetamu acara tahu keadaan sebenar.

Neelofa dipetik berkata demikian ketika dihubungi rakan hos  Meletop Nabil Ahmad. Perbualan mereka secara siaran langsung diperdengar kepada penonton malam tadi.

Selebriti itu dikecam kerana melancarkan tudung terbarunya “Be Lofa” di Zouk kelmarin. Beliau mempertahankan tindakannya kerana kos naik lapan kali ganda jika dibuat di lokasi lain.

Namun, rakaman video gelagat wanita bertudung menari di majlis itu menular di media sosial hingga mengundang kritikan ramai.   

Kurang 24 jam selepas pelancaran, tudung “Be Lofa” habis terjual.

Comments